|
|
| Saturday, 5-Jul-2008 10:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BBQ Di Uppsala
|
|
Kitaorang dari Stockholm telah pergi ke Uppsala untuk berBBQ... Uppsala nie dalam 45 minit dari Stockholm. Kitaorang dari Stockholm ada 4 family dan 2 orang bujang. Uppsala memang dah ada 3 orang family. Lepak kat rumah Ipen dulu.. lepak sebab nak cucuksatay, bungkus nasi lemak....macam-macam makanan ada. Alhamdulillah cuaca baik walaupun adalah dalam 5 minit hujan renyai.. kalau tak kena bakar kat oven lah satay tu.
Ni dia skill mencucuk satay.....
Ni lak skill membungkus nasi lemak dengan daun pisang
Skill membakar satay..
Ni skill yang paling penting, menhabiskan segala makanan yang ada
Gambar kenang-kenangan
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Jul-2008 10:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Summer time
|
|
Dah masuk summer time nie boleh lepak kat luar lama sikit.. Satu petang yang indah, kitaorang pergilah ke Gamla Stan, Old Town kat Stockholm.. Ialah Old Town kat Tallin, Estonia dan Bern dah pergi, Old Town Stockholm tak sampai2 lagi. Jadi petang tu kitaorang pun pergilah ke sana. Sampai kat Royal Castle, dapatlah tengok change of guard. Rasanya ini yang kecil punya sebab orang kata yang main one tu siap ada kuda sekali.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Jun-2008 19:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Konsert Syahmi
|
|
Skolan atau sekolah di Sweden nie dah bermula bercuti musim panas.. Cuti nie bermula 5 Jun sampai 21 Ogos 2008. Kat sini tahun baru persekolahan bermula Ogos tak macam Malaysia bermula awal tahun. 4 Ogos ari tu,(sehari lepas sampai dari Swiss) sekolah Syahmi telah buat konsert akhir tahun dari Kelas 0 sampai Kelas yang paling tinggi kat sekolah tu, kelas 9 kalau tak silap.. jadi Syahmi menyanyilah lagu 3 lagu Inggeris dan 1 lagu Swedish.. Jadi kat sini adalah gambar2 masa konsert dan gambar kawan2 Syahmi. Yang frustnya video yang hubby ambil ada problem, eeemmmm tak pelah tak de rezeki nak nengok balik konsert dia tu...
Ni dia Rektor sekolah Syahmi
Salah seorang cikgu Syahmi, Martin
Di antara kawan sekolah Syahmi
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Jun-2008 12:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musafir ke Perancis & Switzerland:(Part 7/Akhir ) Basel
|
|
Part last sekali... hishh..lama lak nak upload gambar yang nie.... yang nie last destination di Swiss, Basel.. Dari sini naik kapal terbang di EuroAirport untuk ke Stockholm. Euro Aiport ni unik skit sebab ada kalau tak silap 3 negara operate sini, Swiss, Perancis dan Germany.. Airport ni dibina di atas tanah Perancis..
Jadi adalah skit gambar di Basel, berdekatan dengan Rail City (terminal) dan kat Euro Airport
Yang nie gambar terakhir bagi musafir nie.. bergambar di parking lot di Skavsta Airport, Stockholm.
Alhamdulillah, kami semua selamat pergi n balik, selamat mengikut apa yang dirancangkan walaupun menempuh berbagai2 insiden.. he..he..
Kami kemudian hantar Wan terus balik ke rumah n Mat Lut pula balik naik bas ke Stockholm.
Jadi berakhirlah Musafir di Aidilfitri.. eh salah Musafir ke Perancis(Paris) dan Switzerland. Insya'Allah, ada rezeki n panjang umur, boleh plan lagi trip untuk next year..
he..he..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jun-2008 23:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musafir ke Perancis & Switzerland:(Part 6 ) Di Bern
|
|
Part 6 ni barulah nak cerita sikit pasal Bern. Banyak tempat2 menarik di Bern nie. Actually, kami pun tak sempat nak round semua tempat... zoo, museum dan ada park lagi yang tak sempat dijelajahi...Nak buat camne, masa tak mengizinkan...
Kami merayau-rayau kat bandar, yang memang banyak bangunan lama2, lepas tu pi Gurten Bahn dan Rose Garden... yang Rose Garden nie ladies je pergi.. yang men semua dok rumah jaga the kids.. sebab masa men pi stadium tu, yang ladies and the kids semua dok rumah je. Actually, petang tu hujan turun, itu yang membataskan kami untuk berjalan2 bawa the kids tu...
Kami sempat mengambil gambar bangunan yang pernah menjadi rumah Einstein masa dia tinggal Bern dulu
One more thing, air sungai kat Bern ni colour hijau...lawanya... Menurut Aimah, kalau summer time, ramai orang mandi kat sini..dok terfikir, ada ke sungai2 di bandar2 besar di Malaysia yang orang boleh mandi???
Ini gambar2 di Gurten Bahn. Untuk sampai ke atas bukit ni, kami kena naik keretapi kabel macam kat Penang Hill tu. Sebelum tu, kami kena mendaki bukit lebih kurang 10 minit untuk sampai ke tempat keretapi kabel ni..hu..hu penat jugak, tapi berbaloi
Dari atas bukit ini, kami boleh nampak seluruh bandar Bern, subhanallah lawanya tak terucap.. Turut disediakan parks untuk tempat kanak2 bermain..All the kids enjoy dengan tempat ni..
Disebabkan Hazmi tak sampai lagi kakinya nak tekan paddle kat kereta mainan tu, jadi kenalah minta jasa baik kak Wan n Abang Lut dia tolong main sama... Tapi rasanya, kak Wan n Abang Lut dia yang lebih enjoy tak...he..he..
Ni pula gambar2 kat Rose Garden.
Tapi sayangnya masa ni, banyak ros yang tak berkembang elok lagi...Kami ambil jelah gambar apa2 bunga yang ada untuk kenangan...macam2 warna ros ada, red, pink, yellow, orange and even white.
Kat Bern nie ada public phone, bukan setakat untuk call aje... tapi boleh anta sms dan email sekali.. Rasanya kat Stockholm nie pun tak pernah jumpa public phone macam nie
Lagi satu, one of the special thing at Bern, bicycle is one of the main mode of transport. Katanya, basikal perlu didaftarkan dan kalau tak silap mesti ada insurance sekali...Ni plat no basikal.. hehe
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jun-2008 23:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musafir ke Perancis & Switzerland:(Part 5 ) Di Bern-Euro 2008
|
|
Part 5 nie, pasal trip kami di Bern, tapi untuk yang nie, hubby suruh letak pasal Euro 2008 aje.. Part 6 baru letak gambar2 lain di sekitar Bern....Switzerland dan Austria jadi tuan rumah bersama untuk Euro 2008 nie . Bern adalah satu venue untuk Swiss nie. Disebabkan Euro 2008 hanya bermula minggu depan, so hubby, Lut and Nizam ambil peluang pergi ke stadium tu..Stadium tu bukannya bukak pun, cuma nak amik gambo je.. hehe
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jun-2008 23:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musafir ke Perancis & Switzerland:(Part 4 ) Di Geneva
|
|
Part 4 nie, cerita perjalanan kami di Geneva. United Nation pun ada di Geneva nie. Kat sini pun memang terkenal dengan barang2 jenama terkenal.. Lagi satu off shore banking banyak kat sini, Raja Saudi Arabia pun ada private bank kat sini..Kami spent dalam 4 jam untuk trip di Geneva nie
Di hadapan bangunan United Nation, ada big Broken Chair .. Broken Chair ini adalah simbolik sebab ianya menunjukkan tiada persepakatan di antara beberapa negara di dunia nie.. pasal..... eemmm lupa lak pasal apa.. hehehe
Kat sini pun ada fountain.. Hazmi n Syahmi excited sangat tengok fountain ni.. Sampai lenjun2 Hazmi dibuatnya ...Alhamdulillah, ada bawa baju spare untuknya..
Kami naik bot untuk ke seberang tasek.. dari atas bot nie, boleh nampak pemandangan sekitar bandar Geneva . Lawanya..
Banyak2 fountain di Swiss ni, ini pula gambar fountain yang tertinggi di dunia.. Kalau tak silap 500 m tingginya fountain nie..
Pemandangan di sekitar Geneva
Sempat juga kami bergambar di hadapan Flower Clock, which is one of main attraction also here.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Jun-2008 19:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musafir ke Perancis & Switzerland:(Part 3) Bern ke Geneva
|
|
Part 3 nie, perjalanan dari Bern ke Geneva
1 June, host n tourist guide kami di Swiss ni, Nizam & Aimah bawa kami ke Geneva.. Geneva nie memang terkenal dengan United Nation.
Kami pi naik tren, perjalanan lebih kurang sejam setengah dari Bern. All the kids really enjoy the trip, tren 2 tingkat katakan.
Jika perjalanan dari Paris ke Bern, pemandangannya tak berapa jelas coz hari dah malam, tapi pagi ini sekali lagi, kami dapat melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan, subhanallah. Rasanya mulut ni tak berhenti2 memuji keindahan ciptaan Allah... Betullah kata orang Swiss ni negara yang cantik... Dapat lihat Banjaran Alps, padang rumput yang terbentang luas, tasik2 dll. Tapi sebenarnya, sekali lagi diulangi, apa yang ditulis dan sebahagian gambar yang diambil tak dapat menggambarkan apa yang mata kami nampak sepanjang perjalanan ini...Bak kata pepatah, 'jauh berjalan, luas pandangan'.
Berbeza benar rasanya jika dibandingkan kota metropolitan Paris n Swiss ini,, Paris kota yang betul2 sesak rasanya, tapi bila melihat Swiss ini, hati rasa tenang melihat keindahan yang Allah ciptakan..
Alhamdulillah, terima kasih banyak atas rezeki yang Allah berikan kerana berpeluang melawat Swiss n thanks a lot to my hubby for this special trip....luv u always...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Jun-2008 19:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musafir ke Perancis & Switzerland:(Part 2) Paris ke Bern
|
|
Part 2 nie, gambar2 sepanjang perjalanan di dalam TGV dari Paris ke Bern...
Alhamdulillah, kami semua bernasib baik... tren bertolak pukul 4.58ptg..kami sampai di depan tren tepat2 pada waktunya..Penat berlari2 mengejar tren dengan keadaan Hazmi sudah tertidur (thanks to Yein coz tolong dukung Hazmi pada waktu tu) , beg2 yang banyak n kasut Syahmi pula tercabut bila sibuk berlari2 tu...Rasanya inilah pengalaman paling berharga di kota Paris yang sesak itu.
Kadang2 tu terfikir juga, jika ditakdirkan kami tak sempat naik TGV pada waktu tu, apa yang akan berlaku..Kena beli tiket lain ke???... tak sanggup pulak rasanya coz harga tiket TGV ni mahal betul rasanya... Alhamdulillah sekali lagi kepada Allah kerana memudahkan perjalanan kami semua...
So, bila badan dah penat berjalan seharian , the kids plus yang lain2 semua tidur dalam perjalanan... So, tak banyaklah sangat gambar2 yang diambil di dalam TGV ni..
Tapi betullah, bila harga tiketnya mahal, service yang dapat memang berbaloi... Perjalanan 5 jam ke Bern tak terasa penatnya,, Tambahan pula, dapat melihat pemandangan yang lawa2 sepanjang perjalanan... tak terucap oleh kata2 sebenarnya apa yang dilihat oleh mata ini...subhanallah...
Ni gambar pemandangan dari dalam tren..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Jun-2008 19:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musafir ke Perancis & Switzerland:Paris (Part 1)
|
|
Kami berpeluang untuk melawat Paris dan Switzerland last weekend. (Title kat atas tu pinjam dari trip organiser kitaorang, Ahmad Lutfi a.k.a. Mat Lut).
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana sebenarnya tak pernah terfikir Allah akan berikan rezeki perjalanan ini dalam masa terdekat ini. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki datangnya dari arah yang tak disangka2..
Perjalanan kami nie dari 31 May sampai 3 Jun 2008..Jadual perjalanan yang telah dirancang oleh Mat Lut n hubby seperti di bawah:
31 May : Naik flight dari Stockholm ke Paris. Flight pukul 6.50pg sampai 9.10pg.. Lepas tu pukul 5 ptg hari yang sama naik tren TGV dari Paris ke Bern, Swiss
1 June: Naik Tren dari Bern ke Geneva
2 June: Melawat sekitar Bern
3 June: Naik tren dari Bern ke Basel.. lepas tu naik flight balik ke Stockholm
Kami bermusafir satu family plus Mat Lut and Wan... alhamdullillah, bila bermusafir bersama2 ni, dapatlah juga mereka membantu menjaga n melayan karenah Syahmi and Hazmi sepanjang perjalanan...
Di Berne, kami bermalam di rumah Mr Nizam and Mrs Aimah (kawan yang dikenali semasa mereka di Stockholm dulu).. bersama anak2 mereka A'an dan Anis.. Actually, bila Nizam ditugaskan di Swiss, barulah kami terfikir untuk merancang trip ini. Tambahan pula, mereka hanya akan berada di Swiss till middle of this July only. Terima kasih banyak2lah sebab be a very, very good host cum tourist guide semasa kami berada di sana. Hanya Allah yang dapat membalasnya..
Jadi Part 1 nie, gambar2 kami di Paris. Mat Lut minta tolong kawan dia Yein untuk jadi tourist guide...thanks a lot for being a very good tourist guide cum babysitter to Hazmi n Syahmi also...Bila dah jumpa Yein, terus Hazmi n Syahmi melekat kat dia....he..he..Rasanya without him, tak sempat kami nak melawat kota Paris dalam masa hanya beberapa jam yang ada..
Sebab kesuntukan masa, kami hanya sempat melawat Eiffel Tower, Notre Dame dan makan kat kedai Pakistan..
Ni kat Skavsta Airport,Stockholm
Dah selamat sampai di airport Beauvais, Paris.. Airport ni dalam 70 minit dari bandar Paris.. Lupa kami naik flight tambang murah macam Air Asia tu, Ryan Air...
Ini dia Yein, tourist guide kami yang banyak membantu..
Gambar di Eiffel Tower, tak sempat nak naik ke menara coz kesuntukan masa..hanya sempat berposing dari jauh sahaja.
Indahnyaaa.. Eiffel Tower.....
Ni mamat India, jual cenderamata.. siap boleh cakap melayu. penah keja kat KLCC. Mamat tu yang pakai baju kuning
Ni gambar di Notre Dame. Syahmi cuba nak bagi makan burung, tapi burung tak mai pun.... hehe
Lain2 lokasi....
Lunch di restoran Pakistan..Kami makan nasi beriani ayam. Alhamdulillah, bolehlah pulihkan balik tenaga yang telah banyak digunakan hari ini.
NI pulak lupa apa namanya.. Ark apa tah... hehehe
|
|
|
|
|